Sabtu, 12 April 2008
Jumaat, 11 April 2008
Khamis, 10 April 2008
BalaSan Meninggalkan Solat


Balasan Meninggalkan Solat...
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. 1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.Maka inilah balasannya.
@laman naeim
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. 1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.Maka inilah balasannya.
@laman naeim
Rabu, 9 April 2008
Suami mithali idaman isteri

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Islam utamakan konsep persaudaraan untuk bentuk kekuatan ummah
‘BIDUK berlalu kiambang bertaut’. ‘Buang yang keruh ambil yang jernih’. Demikianlah pepatah Melayu yang melambangkan kehalusan budi untuk memelihara hubungan persaudaraan serumpun bangsa.
Biasanya suasana politik orang Melayu dan Islam akan tegang setiap kali pilihan raya diadakan terutama sebelum pilihan raya. Namun, sebaik saja pilihan raya selesai, kita teruskan kehidupan seperti sedia kala dan menerima realiti seadanya. Kita teruskan usaha membina martabat umat dan membaiki kehidupan kepada yang lebih baik.
Persahabatan, persaudaraan dan persefahaman terus kekal untuk membina tamadun. Pembinaan tamadun umat yang gemilang adalah agenda utama kita. Janganlah perkara remeh temeh menjadi halangan agenda besar ini.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikan antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawan puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adil kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.” (Surah al-Hujurat, ayat 9)
Ayat itu turun kerana terjadinya perbalahan dua orang sahabat yang menyebabkan pergaduhan. Walhal puncanya kecil saja.
HIDAAYAH ALLAH
Masa wajar diurus seperti wang
ORANG mukmin yang membuang waktu adalah disebabkan tidak memahami saranan Islam mengenai penjagaan masa. Jika kita kembali kepada saranan al-Quran, banyak ayat serta hadis membicarakan mengenai masa dan cara menggunakannya dengan baik.
Islam memberi penghargaan kepada masa kerana ia dapat menjadikan kehidupan manusia lebih teratur dan dapat berinteraksi dengan Tuhannya serta orang lain dengan sempurna.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Dia sudah menundukkan bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan menundukkan bagimu malam dan siang, dan Dia mengurniakan setiap permintaan kamu itu. Dan jika kamu hendak memperhitungkan segala nikmat Allah nescaya kamu tidak mampu untuk menghitungnya.” (Surah Ibrahim, ayat 33-34)
Di samping itu, masa adalah tanda kekuasaan Allah SWT dalam kewujudan kehidupan ini. Allah SWT menyuruh manusia mensyukurinya. Di samping itu, Allah SWT bersumpah dalam al-Quran dengan waktu dalam pelbagai situasi antaranya, demi waktu malam (wa al-lail), demi waktu Fajar (wa al-fajr), demi waktu dhuha (wa al-dhuha), demi masa (wa al-asr). Allah SWT juga menamakan surah berkenaan dengan waktu yang menunjukkan kepentingan masa kepada manusia untuk dimanfaatkan.
Masa juga berkait rapat dengan ibadat dalam Islam kerana setiap ibadat perlu dilaksanakan apabila tiba waktunya. Seperti solat lima waktu, solat Jumaat, puasa dalam bulan Ramadan, haji di bulan Zulhijjah dan zakat apabila tiba masanya. Islam menggalakkan umatnya mengingati Allah SWT dengan bertasbih dan berzikir tanpa mengira waktu.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai.” (Surah al-Araf, ayat 205)
Setiap Muslim terikat dengan waktu dan ibadat seperti solat, puasa dan lainnya dalam seluruh kehidupan. Mereka sentiasa berhati-hati supaya tidak luput waktu daripada menunaikan kewajipan itu.
Rasulullah SAW memberitahu bahawa waktu yang dimiliki akan ditanya di hadapan Allah SWT pada hari akhirat. Diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap hamba pada hari akhirat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana sehingga ditanya empat perkara iaitu mengenai umur dihabiskan, bagaimana melalui usia muda, daripada mana harta diperoleh dan bagaimana dia membelanjakannya serta apakah dia sudah beramal dengan ilmunya itu.”
Dua soalan mengenai masa ditanya iaitu umur secara keseluruhan dan khususnya pada usia muda. Usia muda adalah paling berharga kerana ia saat manusia mempunyai tenaga dan fikiran terbaik jika dibandingkan dengan usia kanak-kanak atau usia lanjut dengan serba keuzuran.
Manusia perlu sedar masa beredar terlalu pantas dan cepat terutama pada saat keseronokan. Cuma pada waktu kesedihan, masa berlalu dirasakan terlalu panjang. Hakikatnya, semua sama kerana masa beredar begitu cepat.
Nabi Nuh AS yang hidup lebih daripada seribu tahun berasakan kehidupan itu terlalu singkat dengan mengumpamakan kehidupan seperti sebuah rumah yang mempunyai pintu depan dan belakang. Aku masuk ke dalamnya melalui pintu depan dan keluar melalui pintu belakang. Itulah kehidupan yang manusia sering berebut untuk memperolehnya.
Manusia juga harus mengerti bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali dan tidak dapat dicari ganti. Apabila kita mengetahui kepentingannya, sewajarnya masa tidak dibuang begitu saja tanpa melakukan perkara yang berfaedah. Sebaliknya, masa diurus dengan teratur dan sempurna.
Abdullah ibn Masud berkata, “Saya belum pernah menyesal melainkan penyesalan saya pada hari apabila terbenamnya matahari, semakin singkat umur saya ini, sedangkan amalan saya tidak bertambah.”
Oleh itu, orang yang memahami kepentingan masa akan menjaga masa melebihi menjaga wang ringgit mereka. Kehidupan ini hanya beberapa hari saja dan apabila hari berlalu pergi, hilanglah separuh daripada umur kita.
Orang yang tidak menghargai masa sekarang akan menyesal di akhirat nanti. Al-Quran menyebutkan dua kali manusia akan menyesal yang mana penyesalan itu tidak ada gunanya lagi iaitu penyesalan pada saat ajal sudah hampir tiba.
Manusia bercita-cita dipanjangkan umur untuk melakukan kebajikan dan memperbaiki kehidupan serta mendapatkan waktu yang sudah hilang itu. Masa tetap berlalu dan ajal akan menjemputnya.
Kedua, masa di akhirat yang mana manusia bercita-cita untuk dikembalikan ke dunia semoga mereka dapat membuat amal yang terbaik. Harapan itu tidak akan tercapai kerana pada hari itu semua manusia akan menerima perhitungan masing-masing.
Umat Islam perlu menghindari pembaziran masa seperti berbual kosong di kedai kopi atau menghabiskan masa di tempat permainan hingga lupa tanggungjawab dunia dan akhirat. Orang yang membuang masa dengan percuma adalah orang yang menganiaya dirinya sendiri.
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan lima perkara yang perlu direbut sebelum datangnya lima perkara iaitu masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa muda sebelum tua dan masa senang sebelum papa.
Tugas utama seorang Muslim ialah memelihara masa. Setiap detik waktu perlu diawasi supaya dimanfaatkan untuk agama dan dunianya. Golongan salaf sangat memberi perhatian kepada masa dan akan berasa rugi jika hari itu mereka tidak memperoleh ilmu pengetahuan.
Maka setiap hari mereka berusaha supaya ilmu akan bertambah dengan belajar dan membaca. Imam al-Shafie membahagikan masa malamnya kepada tiga bahagian untuk ibadat, belajar dan mengajar ilmu serta masa untuk tidur.
Muslim yang inginkan keberkatan hidup sewajarnya mengikut sistem hidup yang digariskan Islam. Peraturan yang dikehendaki ialah setiap Muslim perlu tidur awal dan bangun lebih awal atau sekurang-kurangnya sebelum terbitnya matahari.
Muslim yang sentiasa bangun awal pagi akan memperoleh berkat seperti yang didoakan Nabi Muhammad yang bermaksud: “Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada umatku pada awal pagi.”
Setiap orang mendapat masa 24 jam tanpa berkurang atau lebih dan orang yang bijak akan menggunakan masa dengan sebaiknya. Bilangan bukan penentu tetapi kualiti dan penjagaan masa menjadi keutamaan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, amatlah sedikit mereka ini.” (Surah Shad, ayat 24)
Ibn Ata’illah berkata dalam hikmahnya: “Banyak sekali manusia diberikan usia umur yang panjang tetapi sumbangan diberikannya sangat sedikit, dan banyak sekali orang mempunyai usia umur yang pendek, tetapi mereka memberikan sumbangan sangat banyak. Sesiapa yang umurnya diberi berkat oleh Allah, maka dalam jangka masa pendek dia akan mendapatkan pelbagai kurniaan daripada-Nya, yang sangat sulit untuk diungkapkan.”
Isnin, 7 April 2008
PENDIDIKAN AGAMA
Langgan:
Catatan (Atom)

